Satu jenama yang luar biasa, untuk keharmonian sekeluarga anda

Unico Network ditubuhkan pada tahun 2015, merupakan sebuah anak syarikat Unic Marketing yang aktif dalam bidang perniagaan jenis e-dagang.

Sebagai pengerusi dan pengasas Unic Marketing, En. Lim Kyat Chuan memimpin kumpulan elit e-dagang, pemasaran digital serta pakar pendidikan dan latihan, telah memperkenalkan platform e-dagang trend baru.

KC Lim, berusia 36, merupakan seorang usahawan yang muda dan bersemangat. Beliau bertungkus-lumus memulakan kejayaannya dari bawah. Unic Marketing ditubuhkan pada tahun 2007, aktif dalam bidang pemborongan dan jualan produk kecantikan dan produk penjagaan kesihatan. Di bawah pimpinan beliau, urusan perniagaan Unic Marketing telah diperluaskan ke seluruh Malaysia. Dengan prestasi yang cemerlang, sekarang Unic Marketing setelah membuka sebanyak 10 cawangan di dalam negara, mempunyai lebih daripada 1OO kakitangan pekerja, dan hampir seribu orang agen.

Dengan kaedah pemasaran dan operasi yang unik, Unic Marketing telah berjaya mencapai kejayaan yang mengagumkan dalam masa beberapa tahun sahaja dan sekarang perolehan tahunan telah melebihi 100 juta Ringgit.

about1
unico-logo-ch

Terdapat 4 bulatan & sebuah “U” besar di dalam logo Unico, iaitu mewakili:

  • Kebahagiaan Keluarga
  • Kerjayaan
  • Kebebasan Kewangan & Masa
  • Kesihatan & Kebajikan
  • Semua Berasaskan Anda (U)
about2

Unico Network ditubuhkan pada awal tahun 2015 sebagai sebuah syarikat e-dagang beribu pejabat di Kajang, Selangor dengan keluasan bangunan 22,000 kaki persegi. Beliau memegang falsafah pelaburan dahulu, pengurusan kemudian. Demi kepentingan bersama, tempat yang selesa dan dilengkapi dengan infrastruktur telah disediakan supaya rakan-rakan kongsi dapat mengunakan fasiliti dan mencapai kejayaan bersama-sama. Produk yang bermutu dan program ganjaran yang unik telah memberi peluang ramai insan biasa mencapai tahap kejayaan yang luar biasa.

Untuk kepentingan rakan-rakan kongsi dari Malaysia Timur, syarikat telah menyediakan gudang-gudang di Malaysia Timur untuk mengelakkan perbezaan harga produk and perbezaan tempoh masa penghantaran produk. Ini adalah untuk memastikan bahawa produk dapat dihantar kepada destinasi anda dalam masa yang paling singkat.

Unico: “Satu jenama yang luar biasa, untuk keharmonian sekeluarga anda”

Selain daripada memperkenalkan kaedah pemasaran tersendiri,
kita telah berjaya melahirkan seramai 7 orang jutawan,
dan purata usia mereka tidak melebihi umur 30 tahun.

Pada masa dulu, mereka semua merupakan pekerja syarikat,
tetapi sekarang telah menjadi rakan kongsi syarikat.

UNICO NETWORK SDN BHD (1124275A) | GST Number 001617580032
No. 1, Jalan BA2/1, Kawasan Perindustrian Bukit Angkat, 43000 Kajang, Selangor.
03-8738 7000  
customercare@unico2u.com

Copyright © 2015 Unico2u.com. Website Designed & Developed By Passion In Design.